Kenal Pasti Punca Stres Dan Cara Atasi Elak Kemurungan

Kenal Pasti Punca Stres Dan Cara Atasi Elak Kemurungan

Maksud Stres di mana berlakunya situasi yang menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan, tak selesa, panik disebabkan beberapa faktor seperti ancaman, perubahan hidup atau berada dalam tekanan.

Dewasa ini ramai yang mengalaminya disebabkan gaya hidup moden yang kian mendesak menyebabkan seseorang itu merasakan diri rasa tidak selamat, jantung sentiasa berdebar-debar dan lebih teruk ada yang turut mengasingkan diri dari orang ramai.

Ramai tidak tahu stress ini juga sebenarnya boleh merosakkan atau melemahkan sistem imun badan atau gangguan tidur. Individu yang mengalaminya juga turut kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Pendek kata lifestyle menjadi tidak sihat gara-gara disebabkan masalah ini.

Baca Juga: 15 Cara Jadi Bahagia

Berdasarkan kajian pada 2002, hampir 60 peratus rakyat Malaysia menghadapi stres. Salah satu tanda sering gelisah, cepat marah, sentiasa bimbang, rendah diri dan juga kurang daya tumpuan.

Stres bukan hanya terjadi pada mereka yang bekerja (selalu dikaitkan), tetapi juga boleh berlaku pada individu yang juga bekerja sendiri, suri rumah atau kanak-kanak. Tidak hanya golongan muda, yang tua juga berpotensi mengalaminya.

Apa punca sebenar situasi ini berlaku dan bagaimana cara terbaik untuk menanganinya agar kesan dari stres ini tidak melarat hingga mengalami masalah lebih serius seperti kemurungan atau depresi yang boleh mengganggu rutin harian.

Punca Utama

Antara punca utama adalah tekanan di tempat kerja, konflik dalam hubungan peribadi, dan tuntutan hidup yang berlebihan. Di tempat kerja, beban kerja yang tinggi, tekanan untuk mencapai sasaran, atau ketidakseimbangan antara kehidupan kerja dan peribadi boleh menyebabkan stres.

Konflik dalam hubungan interpersonal, seperti masalah keluarga atau pertelingkahan dengan rakan-rakan, juga dapat menyumbang kepada keadaan sama.

Ramai yang alaminya tanpa sedar, walhal tanpa sedar ada yang menangis disebakan tekanan demi tekanan yang datang. Secara umumnya stres terbahagi kepada masa jangka pendek dan masa jangka panjang.

Baca Juga: 5 Jenis Sakit Kepala & Tip Awesome Hilangkan Pening Berdenyut

Kesan Stres

Antara kesan stres seeorang itu sering lupa dan sudah fokus. Diibarat hilang tumpuan dan tidak endah keadaan sekeliling. Situasi ini jika berlarutan akan mengganggu tugasan yang diberikan pihak majikan.

Seseorang itu juga akan alami insomnia di mana sukar untuk tidur malam. Kepala asyik memikir masalah yang dihadapi hingga menyebabkan susah untuk tidur dan berada dalam keletihan keesokan harinya.

stres

Emosi juga jadi tidak stabil apabila cepat marah, ada kalanya riasu tak bertempat dan ada juga tiba-tiba menangis tanta diketahui puncanya. Jika ini berlaku akan beri impak pada hubungan dengan rakan sekerja dan orang sekeliling.

Cara Tangani Stres

Tidak mudah dan tidak juga susah untuk kita menangani masalah ini. Jika hanya mengalami sekejap tidak mengapa, tetapi bagaimana jika situasi ini berlarutan hingga menyebabkan seseorang itu hilang fokus hingga mengganggu rutin hariannya.

Ini adalah antara cara terbaik untuk menangani masalah stress yang boleh kita lakukan tanpa paksaan. Jika mahu hidup bebas dari rasa stress, ikuti cara terbaik mengatasinya.

1. Dapatkan Makanan Sihat

Sebenarnya pengambilan diet yang seimbang sangat penting untuk meredakan masalah stress. Ambillan makanan seimbang dan elakkan makanan yang dapat meningkatkan tekanan seperti kopi, teh atau makanan tinggi gula.

2. Lakukan Aktiviti Senaman

Lakukan aktiviti senaman yang mudah dan disukai. Misalnya berjalan kaki, berbasikal, atau jogging. Jika suka masuk saja pelbagai acara marathon atau larian yang boleh memberi kesihatan kepada tubuh badan. Jika tubuh badan sentiasa sihat dan cergas, pastinya kita akan menjalani gaya hidup lebih baik.

stres

3. Sentiasa Berada Dalam Keadaan Rileks

Biarkan kita menjalani hidup dengan lebih tenang dan rileks. Elakkan negative vibes yang boleh mengganggu fikiran. Pikir dulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang tidak wajar. Rileks juga adalah cara efektif membantu mengurangi tekanan otot yang berkaitan dengan sress. Boleh cuba lakukan aktiviti rileks bermanfaat seperti yoga, meditasi atau sebagainya. Kalau nak tahu berehat sambil mendengar muzik adalah cara terbaik tangani stress

4. Dapatkan Tidur Mencukupi

Jangan amalkan tidur lewat sehingga dua atau tiga pagi. Untuk jadi lebih sihat dan normal, kita perlu tidur tepat pada waktunya dengan kadar 8 jam sehari. Bila tidur cukup, badan jadi lebih segar, bertenaga bila bangun keesokan harinya. Anda juga terasa lebih seronok untuk melakukan aktiviti harian.

5. Berfikiran Positif

Sentiasa berfikiran positif dan jangan terrlalu overthinking. Setiap dari kita ada kemampuan sendiri dan sentiasalah bersederhana dalam semua hal. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar kita dijauhi perkara yang boleh memudharatkan diri sendiri.