Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the rank-math domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/adrinis/therpflifestyle.com/wp-includes/functions.php on line 6114 Tips Kesihatan - RPF - RESET . REMOVE . RECOVER
Bahaya kapur barus | Kapur barus sering dikaitkan dengan kematian. Namun tidak ramai yang mengetahui, Kapur barus adalah sejenis bahan pepejal berwarna putih yang diperoleh daripada dua jenis pokok iaitu Cinnamomum camphora dan Dryobalanops aromatica iaitu sejenis pokok malar hijau. Dikatakan kapur barus banyak terdapat di kawasan nusantara.
Ia juga bersifat mudah terbakar selain mempunyai aroma yang kuat, kerana sifat inilah juga ia turut digunakan dalam pelbagai produk dan tujuan seperti ubat gegat untuk menghalau serangga.
Penggunaannya sangat meluas termasuklan dalam produk produk kesihatan.
Manfaat Kapur Barus Dalam Produk Perubatan
Bahan luar biasa ini dapat ditemui dalam pelbagai produk, seperti krim, losyen, dan salap/bam. Ianya sering digunakan untuk:
Melegakan Sakit dan Radang:
Kapur barus digunakan pada permukaan kulit untuk memberikan kelegaan terhadap kesakitan dan keradangan.
Kajian pada tahun 2015 menunjukkan bahawa semburan dengan champor, menthol, minyak pati cengkih, dan Eucalyptus memberikan kelegaan bagi kesakitan kecil dan sederhana.
Merawat Kesan Kulit Terbakar:
Salap dan krim dengan kandungan champor dapat merawat luka akibat terbakar.
Kajian haiwan pada tahun 2018 membuktikan keberkesanan salap yang mengandungi kapur barus, minyak bijan, dan madu dalam mempercepatkan penyembuhan luka terbakar.
Antispasmodik:
Produk yang mengandungi kapur barus membantu mengurangkan kekejangan dan kekakuan otot.
Kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa champor memiliki sifat antispasmodik dan pelega untuk kekejangan otot.
Namun, sekiranya komposisi bahan kapur barus yang melampau dalam mana-mana produk, ianya membawa kemudaratan kepada kesihatan kita. Ia selamat digunakan untuk orang dewasa tetapi amat berbahaya untuk anak-anak yang berumur di bawah 2 tahun.
Bahaya Kapur Barus Kepada Kesihatan:
Memahami Bahaya Kapur Barus. Ianya adalah bahan kristal putih dengan bau yang kuat. Dihasilkan daripada kayu pokok kapur, ia sering digunakan dalam upacara keagamaan, perubatan tradisional, dan juga sebagai penolak serangga.
Komposisi Kimia
Dari sudut ilmu kimia, bahaya kapur barus kerana ia mengandungi pelbagai sebatian. Komponen utama, kamfer, memberikan bau dan sifat khas. Walau bagaimanapun, penting untuk menyedari bahawa kepekatan atau komposisi kimia boleh menimbulkan risiko kesihatan untuk sesetengah orang terutamanya anak-anak yang bawah 2 tahun.
Risiko Hidu Berlebihan
Salah satu kebimbangan utama ialah penghisapan wap kapur barus. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah pernafasan, dari iritasi ringan kepada keadaan yang lebih teruk. Individu dengan masalah pernafasan seharusnya berhati-hati menggunakan produk yang mengandungi bahaya kapur barus. Ia sememangnya mampu memberikan kelegaan tetapi yang merisaukan ia juga mampu memberikan kemudaratan tanpa kita sedari.
Sensitiviti Kulit dan Alergi
Lain orang lain tahap imunisasi ataupun kekatan badan. Ia sememangnya mampu memberikan kelegaan untuk mengatasi masalah kesan kebakaran. Tetapi perlu diingatkan, bagi sesetengah individu, sentuhan langsung dengan kapur barus boleh menyebabkan sensitiviti kulit dan reaksi alergi. Gatal, kemerahan, dan ruam adalah gejala yang biasa.
Amat disyorkan untuk melakukan sebarang ujian alergik sebelum menggunakan produk yang mengandungi kapur barus.
Kesan ke Atas Kanak-Kanak dan Wanita Hamil
Kanak-kanak dan wanita hamil selalunya lebih sensitif terhadap kesan kapur barus. Pemakanan atau pendedahan yang berlebihan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik. Wanita hamil seharusnya berunding dengan profesional kesihatan sebelum menggunakan produk yang mengandungi kapur barus.
Antara gejalanya ialah muntah-muntah, serangan sawan, kesukaran untuk bernafas sehingga boleh menyebabkan koma dan kematian.
Soalan Lazim Mengenai Bahaya Kapur Barus Kepada Kesihatan
Adakah kapur barus selamat digunakan dalam upacara keagamaan?
Kapur barus sinonim dengan persediaan mayat tetapi perlu diingatkan pendedahan yang berpanjangan dalam ruang tertutup boleh menimbulkan risiko pemeluwapan untuk orang yang sensitif. Jadi perlu pastikan sirkulasi udara yang baik semasa upacara.
Bolehkah kapur barus disapu terus ke kulit?
Walaupun ia biasa dalam ubat tradisional, ujian gatal disyorkan untuk mengelakkan reaksi kulit yang merugikan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Adakah terdapat alternatif untuk kapur barus dalam amalan tradisional?
Ya, alternatif seperti minyak pati atau ramuan herba sering kali boleh memberi manfaat yang sama tanpa risiko kesihatan yang mungkin.
Bolehkah wanita hamil menggunakan produk yang mengandungi kapur barus?
Untuk ibu mengandung selalu menghadapi beberapa masalah ketidaselesaaan seperti angin, lemah-lemak badan dan sakit tumit. Sebaiknya berunding dan dapatkan pandangan konsultans dari Doktor bertaulia. Secara umum, disyorkan agar wanita hamil mengurangkan pendedahan.
Apa yang perlu dilakukan jika seseorang tertelan kapur barus secara tidak sengaja?
Cari bantuan perubatan dengan segera. Pemakanan boleh menyebabkan toksisiti, dan bantuan perubatan profesional adalah penting.
Bagaimana untuk mengurangkan risiko menggunakan kapur barus?
Pastikan sirkulasi udara yang baik, lakukan ujian gatal, dan ikuti panduan yang disyorkan untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kapur barus.
Sebagai kesimpulan, bahaya kapur barus kepada kesihatan memerlukan pendekatan yang seimbang. Walaupun nilai budaya dan tradisionalnya tidak dapat disangkal, memahami dan mengurangkan risiko potensinya adalah sama pentingnya. Dengan menggabungkan pengetahuan dan langkah berjaga-jaga moden, kita dapat terus menghargai kekayaan tradisi tanpa mengorbankan kesejahteraan kita.
Maksud Stres di mana berlakunya situasi yang menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan, tak selesa, panik disebabkan beberapa faktor seperti ancaman, perubahan hidup atau berada dalam tekanan.
Dewasa ini ramai yang mengalaminya disebabkan gaya hidup moden yang kian mendesak menyebabkan seseorang itu merasakan diri rasa tidak selamat, jantung sentiasa berdebar-debar dan lebih teruk ada yang turut mengasingkan diri dari orang ramai.
Ramai tidak tahu stress ini juga sebenarnya boleh merosakkan atau melemahkan sistem imun badan atau gangguan tidur. Individu yang mengalaminya juga turut kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Pendek kata lifestyle menjadi tidak sihat gara-gara disebabkan masalah ini.
Berdasarkan kajian pada 2002, hampir 60 peratus rakyat Malaysia menghadapi stres. Salah satu tanda sering gelisah, cepat marah, sentiasa bimbang, rendah diri dan juga kurang daya tumpuan.
Stres bukan hanya terjadi pada mereka yang bekerja (selalu dikaitkan), tetapi juga boleh berlaku pada individu yang juga bekerja sendiri, suri rumah atau kanak-kanak. Tidak hanya golongan muda, yang tua juga berpotensi mengalaminya.
Apa punca sebenar situasi ini berlaku dan bagaimana cara terbaik untuk menanganinya agar kesan dari stres ini tidak melarat hingga mengalami masalah lebih serius seperti kemurungan atau depresi yang boleh mengganggu rutin harian.
Punca Utama
Antara punca utama adalah tekanan di tempat kerja, konflik dalam hubungan peribadi, dan tuntutan hidup yang berlebihan. Di tempat kerja, beban kerja yang tinggi, tekanan untuk mencapai sasaran, atau ketidakseimbangan antara kehidupan kerja dan peribadi boleh menyebabkan stres.
Konflik dalam hubungan interpersonal, seperti masalah keluarga atau pertelingkahan dengan rakan-rakan, juga dapat menyumbang kepada keadaan sama.
Ramai yang alaminya tanpa sedar, walhal tanpa sedar ada yang menangis disebakan tekanan demi tekanan yang datang. Secara umumnya stres terbahagi kepada masa jangka pendek dan masa jangka panjang.
Antara kesan stres seeorang itu sering lupa dan sudah fokus. Diibarat hilang tumpuan dan tidak endah keadaan sekeliling. Situasi ini jika berlarutan akan mengganggu tugasan yang diberikan pihak majikan.
Seseorang itu juga akan alami insomnia di mana sukar untuk tidur malam. Kepala asyik memikir masalah yang dihadapi hingga menyebabkan susah untuk tidur dan berada dalam keletihan keesokan harinya.
Emosi juga jadi tidak stabil apabila cepat marah, ada kalanya riasu tak bertempat dan ada juga tiba-tiba menangis tanta diketahui puncanya. Jika ini berlaku akan beri impak pada hubungan dengan rakan sekerja dan orang sekeliling.
Cara Tangani Stres
Tidak mudah dan tidak juga susah untuk kita menangani masalah ini. Jika hanya mengalami sekejap tidak mengapa, tetapi bagaimana jika situasi ini berlarutan hingga menyebabkan seseorang itu hilang fokus hingga mengganggu rutin hariannya.
Ini adalah antara cara terbaik untuk menangani masalah stress yang boleh kita lakukan tanpa paksaan. Jika mahu hidup bebas dari rasa stress, ikuti cara terbaik mengatasinya.
1. Dapatkan Makanan Sihat
Sebenarnya pengambilan diet yang seimbang sangat penting untuk meredakan masalah stress. Ambillan makanan seimbang dan elakkan makanan yang dapat meningkatkan tekanan seperti kopi, teh atau makanan tinggi gula.
2. Lakukan Aktiviti Senaman
Lakukan aktiviti senaman yang mudah dan disukai. Misalnya berjalan kaki, berbasikal, atau jogging. Jika suka masuk saja pelbagai acara marathon atau larian yang boleh memberi kesihatan kepada tubuh badan. Jika tubuh badan sentiasa sihat dan cergas, pastinya kita akan menjalani gaya hidup lebih baik.
3. Sentiasa Berada Dalam Keadaan Rileks
Biarkan kita menjalani hidup dengan lebih tenang dan rileks. Elakkan negative vibes yang boleh mengganggu fikiran. Pikir dulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang tidak wajar. Rileks juga adalah cara efektif membantu mengurangi tekanan otot yang berkaitan dengan sress. Boleh cuba lakukan aktiviti rileks bermanfaat seperti yoga, meditasi atau sebagainya. Kalau nak tahu berehat sambil mendengar muzik adalah cara terbaik tangani stress
4. Dapatkan Tidur Mencukupi
Jangan amalkan tidur lewat sehingga dua atau tiga pagi. Untuk jadi lebih sihat dan normal, kita perlu tidur tepat pada waktunya dengan kadar 8 jam sehari. Bila tidur cukup, badan jadi lebih segar, bertenaga bila bangun keesokan harinya. Anda juga terasa lebih seronok untuk melakukan aktiviti harian.
5. Berfikiran Positif
Sentiasa berfikiran positif dan jangan terrlalu overthinking. Setiap dari kita ada kemampuan sendiri dan sentiasalah bersederhana dalam semua hal. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar kita dijauhi perkara yang boleh memudharatkan diri sendiri.
Masalah angin dalam badan. Kadangkala badan rasa tak selesa. Rasa sengal badan, lesu, sakit kepala dan perut pun rasa kembung dan ‘sebu’. Ada kalanya boleh hingga naik sampai hulu hati.
Table of Contents
Itu semua disebabkan oleh masalah ‘angin’ dalam badan. Ada yang menyebutnya sebagai ‘angin jahat’ kerana ia membawa banyak kesan buruk pada tubuh badan. Aduh, rasa tak selesa kan? Bila kentut atau sendawa, baru rasa lega.
Ada beberapa masalah angin yang biasa terjadi antaranya angin dalam badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.
Kaitan Masalah Angin Dalam Badan Dan Usia
Masalah angin dalam badan ini memang boleh membuatkan kita rasa tak selesa. Apatah lagi usia makin meningkat. Silap makan sikit, mulalah rasa badan berangin.
Namun, ia boleh dihadapi oleh semua peringkat usia termasuk bayi. Kembung perut membuatkan bayi merengek tak selesa. Pendek kata, tak kira usia.
Walau bagaimanapun, masalah angin dalam badan di kalangan mereka yang semakin berusia ada beberapa faktor berkaitan yang perlu diambil kira:
Perubahan sistem pencernaan
Seiring bertambahnya usia, sistem pencernaan seseorang boleh mengalami perubahan. Pengeluaran enzim dan asid dalam perut mungkin berkurangan, yang boleh mempengaruhi proses pencernaan dan menyebabkan masalah angin.
Pergerakan perut yang kurang aktif
Aktiviti fizikal dan pergerakan perut yang kurang aktif mungkin menjadi faktor. Senaman dapat membantu merangsang pergerakan usus dan mencegah penumpukan gas.
Perubahan diet
Keperluan diet seseorang mungkin berubah sepanjang hayat. Beberapa makanan mungkin kurang bertoleransi pada usia tertentu, dan perubahan dalam pengambilan makanan boleh menyumbang kepada masalah angin.
Penurunan otot pencernaan
Penurunan otot-otot dalam saluran pencernaan juga boleh berlaku dengan usia, menyebabkan pergerakan makanan melalui sistem pencernaan menjadi lebih perlahan.
Kehilangan gigi
Kehilangan gigi boleh menyebabkan seseorang sukar mengunyah makanan dengan baik, yang mungkin mempengaruhi proses pencernaan dan menyebabkan masalah angin.
Penyakit kronik
Beberapa penyakit kronik yang lebih biasa pada usia lanjut, seperti sindrom usus iritabil (IBS) atau penyakit usus seperti divertikulitis, boleh menyebabkan masalah angin.
Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa setiap individu berbeza, dan faktor-faktor ini tidak berlaku secara seragam pada setiap orang.
Mengamalkan gaya hidup sihat, termasuk pemakanan seimbang dan senaman, dapat membantu mengurangkan risiko masalah angin pada semua peringkat usia.
Jika seseorang mengalami masalah yang berterusan atau serius, perundingan dengan doktor adalah penting untuk mendapatkan penilaian yang lebih mendalam.
Faktor Penyebab Masalah Angin Dalam Badan
Masalah angin dalam badan ini juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara punca-punca yang mungkin termasuk:
Pemakanan – Makanan yang tinggi serat boleh menyebabkan kembung, terutamanya jika seseorang tidak biasa mengambil serat dalam jumlah besar.
Makanan yang menghasilkan gas seperti kacang, sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu, dan minuman berkarbonat boleh menyumbang kepada masalah angin.
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Pola Makan – Makan dengan terlalu cepat boleh menyebabkan penelanan udara yang lebih banyak, yang kemudian boleh menyebabkan kembung.
Gangguan Pencernaan – Beberapa gangguan seperti sindrom usus irritable (IBS) atau intoleransi makanan tertentu boleh menyebabkan masalah angin
Kurang Bersenam – Kurang aktiviti fizikal dan senaman boleh menyumbang kepada perlahan proses penghadaman dan mengakibatkan penumpukan gas.
Tekanan dan Stres – Tekanan emosi dan stres boleh mempengaruhi sistem pencernaan dan menyebabkan masalah angin dalam badan. Rehat yang tidak mencukupi atau badan stres kerana dipaksa bekerja lebih waktu. Juga boleh jadi punca.
Tabiat Merokok – Merokok boleh menyebabkan penelanan udara berlebihan, yang boleh membawa kepada kembung.
Kurangkan ‘telan’ udara – Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik, dinasihatkan supaya kurangkan mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Sebaliknya, dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
Makanan Yang Patut Dielakkan
Jika korang jenis badan yang banyak angin, sebaiknya elakkan memakan beberapa jenis makanan ini yang boleh menjadi punca angin dalam badan. Ini termasuk:
Jenis kacang dan lentil – Kacang, termasuk kacang tanah dan kacang soya, boleh menyebabkan pengeluaran gas dalam sistem pencernaan.
Sayur-sayuran Cruciferous: Brokoli, kubis, kangkung, salad dan kailan adalah contoh sayur-sayuran ini yang boleh menyebabkan kembung kerana menghasilkan gas semasa dicerna.
Buah-buahan yang mengandungi fruktosa: Beberapa buah seperti epal, pir, aprikot, pic, prun dan anggur mengandungi fruktosa yang boleh menyebabkan kembung pada sesetengah individu.
Makanan pedas:Makanan yang pedas boleh merangsang pengeluaran asid dan menyebabkan kembung pada sesetengah individu.
Produk tenusu: Bagi sesetengah orang, produk tenusu seperti susu boleh menyebabkan kembung atau ketidakselesaan pencernaan. Contoh, susu, keju, yogurt.
Makanan masin: Makanan tinggi natrium seperti makanan diproses, makanan sup dalam tin dan makanan sejuk beku
Minuman Berkarbonat:Minuman berkarbonat seperti cola dan minuman bersoda boleh menyebabkan penumpukan gas dalam perut.
Bijirin penuh: Makanan yang mengandungi bijirin penuh atau serat tinggi boleh menyebabkan kembung pada sesetengah orang yang tidak biasa dengan pengambilan serat tinggi.
Setiap individu boleh bereaksi secara berbeza terhadap makanan-makanan ini, jadi penting untuk memahami tubuh dan mengetahui makanan apa yang mungkin menyebabkan masalah angin dalam badan untuk mengelakkan atau mengurangkan pengambilannya jika perlu.
Jika masalah berterusan, berbincang dengan doktor atau pakar diet mungkin membantu untuk menyesuaikan diet yang sesuai dengan keperluan individu.
Petua Tradisional Hilangkan Masalah Angin Dalam Badan
Terdapat beberapa petua tradisional yang mungkin membantu mengurangkan masalah angin dalam badan ini:
1.Minum air suam dengan lemon: Campurkan air suami dengan perahan lemon. Ini boleh membantu merangsang sistem pencernaan dan mengurangkan kembung.
2.Minum air jintan manis: Rebus air dengan biji jintan manis dan minum air rebusan ini. Ia boleh membantu mengurangkan kembung.
3.Mengunyah daun pudina csegar: Mengunyah daun pudina segar boleh membantu mengurangkan rasa kembung dan memberikan rasa segar.
4.Minum teh halia: Teh halia dikenali memiliki sifat melegakan kembung. Rendam hirisan halia dalam air panas dan minum sebagai teh.
5.Kurangkan makanan penyebab gas: Elakkan makanan yang diketahui menyebabkan gas seperti kekacang, brokoli, dan minuman berkarbonat.
6.Amalkan posisi tidur mengiring ke kiri: Berbaring mengiring ke kiri boleh membantu gas bergerak lebih lancar dalam sistem pencernaan.
7.Lakukan senaman ringan: Berjalan-jalan ringan atau melakukan senaman ringan seperti peregangan boleh membantu melancarkan peredaran udara dalam sistem pencernaan.
Walaupun petua tradisional mungkin dapat membantu, namun sekiranya masalah berterusan atau bertambah buruk, lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan yang sesuai.
8.Urutan: Boleh juga membuat urutan dari semasa ke semasa. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Untuk membantu legakan masalah angin dalam badan, terdapat beberapa ubat yang boleh digunakan.
Namun, penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan tertentu, terutama jika masalah berterusan atau jika mempunyai sebarang penyakit kronik. Beberapa ubat yang mungkin digunakan termasuk:
Probiotik
Ubat ini membantu menyeimbangkan bakteria baik dalam sistem pencernaan, dan boleh membantu mengatasi masalah pencernaan termasuk kembung.
Ubat Penghadaman
Enzim penghadaman seperti pancrelipase boleh membantu memecah makanan dengan lebih baik dan mengurangkan gas dalam proses pencernaan.
Antasida
Ubat ini membantu mengurangkan keasidan dalam perut dan boleh membantu meredakan kembung.
Simetikon
Digunakan untuk mengurangkan gelembung gas dalam saluran pencernaan, membantu mengurangkan kembung dan ketidakselesaan.
Laksatif Lembut
Digunakan untuk membantu melancarkan pergerakan usus, mengurangkan tekanan dan kembung.
Antispasmodik
Ubat jenis ini membantu mengurangkan kejang otot dalam saluran pencernaan, yang boleh membantu mengurangkan kembung.
Ubat Terapeutik untuk Gangguan Pencernaan
Untuk kes-kes masalah pencernaan seperti sindrom usus iritabil (IBS), doktor mungkin memberikan ubat tertentu yang sesuai dengan simptom yang dialami.
MERACLE SALVE Bantu Legakan Masalah Angin Dalam Badan
Selain ubat makan, ubat sapu atau balm juga berkesan untuk membantu menghilangkan rasa tidak selesa disebabkan angin dalam badan.
Meracle Salve mengandungi tiga bahan utama semula jadi seperti halia muda, pudina dan eucalyptus.
Meracle Salve dijamin selamat kerana tidak mengandungi bahan berbahaya seperti kapur barus, Paraben dan Paraffin.
Tekstur produk ini adalah dalam bentuk salve lembut. Di sebabkan sifatnya yang di perbuat daripada bahan semula jadi, teksturnya lebih lembut daripada balsam, jadi pengguna tidak boleh menekan terlalu kuat apabila disapu pada kulit.
Salve Meracle ini diisi ke dalam bekas plastik agak menyerupai balsam bibir. Setiap satu berat pada 6.5 gram dan disebabkan bahan semula jadi, ianya tidak berwarna.
Kebaikan Meracle Salve
Ianya membantu untuk:
Buang / tolak angin dari badan
Mengurangkan sakit kepala
Mengurangkan ‘stress’
Cara Penggunaan
Apabila mengalami sakit kepala, sapu di bahagian belakang tengkuk, di belakang telinga, di atas bahagian telinga atau tempat yang megalami ketidakselesaan.
Sapu dengan kadar mencukupi. Selalunya keselesaan akan dapat di rasa selepas setengah jam. Walaubagaimanapun setiap individu akan mengalami tindak balas yang berbeza.
Sakit kepala merupakan fenomena biasa yang dialami ramai individu. Keadaan ini bukanlah penyakit, tetapi lebih kepada gejala yang menunjukkan sesuatu tidak kena dalam tubuh anda.
Table of Contents
Paling tidak pasti setiap orang akan alami kepala rasa berdenyut sakit sekali dalam seumur hidupnya. Diikutkan ada lebih 150 jenis sakit kepala yang individu boleh alami.
Namun, setiapnya ada jenis-jenis yang boleh membezakannya. Baik dari segi punca mengapa ia terjadi, ciri-ciri kepala sakit yang dialami mahupun cara merawat untuk mengurangkan mahupun menghilangkan rasa denyutan yang dialami.
Fahami 5 Jenis Sakit Kepala Yang Biasa Terjadi
Penting untuk mengetahui perbezaan sakit yang dialami di bahagian kepala. Jadi, anda tahu bagaimana untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
Sakit Kepala Tegang
Kesakitan kepala tegang merupakan jenis yang paling biasa dialami. Gejalanya termasuk rasa tegang di bahagian kepala dan leher, serta boleh disertai dengan rasa ketegangan otot.
Kebanyakan kali, ia berpunca daripada tekanan emosi atau fizikal yang berterusan. Info dari Public Health Malaysia menyatakan kesakitan kepala tegang atau tension ini akan ditandai dengan sakit di bahagian hadapan kepala.
Sakitnya terasa seperti kepala dan diikat atau dihimpit dengan sesuatu. Keadaan ini juga boleh terjadi disebabkan kekurangan air. Namun, aktiviti fizikal tidak akan membuatkan denyut kepala jadi lebih teruk.
Kredit foto : Pexels by David Garrison
Migrain
Migrain merupakan jenis sakit kepala yang lebih teruk. Ia disertai dengan rasa sakit yang teruk dan boleh berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari.
Pesakit mungkin mengalami rasa mual, loya, kabur mata, muntah, serta sensitif terhadap cahaya dan bunyi semasa serangan migrain. Sekiranya disertai dengan aktiviti fizikal, keadaan kepala yang sakit itu akan menjadi lebih teruk lagi.
Tandanya anda boleh mengalami denyutan sakit pada bahagian sebelah kepala dengan tekanan pada bahagian belakang mata.
Kredit foto : Pexels by Karolina Grabowska
Sakit Kepala Sinus
Kepala sakit kerana sinus ini berkait rapat dengan masalah dalam sinus. Gejala yang mungkin anda alami termasuklah rasa sakit yang terjadi di sekitar kawasan muka, terutama di bahagian dahi dan pipi. Ia sering disertai dengan kesukaran bernafas melalui hidung.
Berhati-hatilah jika mengalaminya. Ini kerana, keadaan baring mengereng, atau bergerak secara mengejut akan membuatkan denyutan sakit semakin berganda.
Berkemungkinan berlakunya keadaan ini disebabkan jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus anda.
Klaster (Cluster)
Kesakitan kepala klaster adalah jenis sakit yang jarang tetapi amat menyakitkan. Pesakit akan mengalami serangan kesakitan pada kepala yang teruk secara berulang dalam tempoh tertentu.
Gejalanya termasuk rasa sakit yang amat teruk pada satu bahagian kepala, kadang-kadang disertai dengan mata yang merah dan berair di sisi yang sama.
Apabila anda berbaring, sakitnya boleh jadi semakin bertambah teruk lagi. Situasi sebegini boleh jadi berpunca daripada hidung atau air mata yang tersumbat.
Kenapa dipanggil cluster? Ini kerana sakit yang dialami boleh berlaku untuk tempoh waktu yang lama dan berkelompok. Misanya, sakit sekali ke tiga kali sehari, berpanjangan berbulan lamanya untuk tempoh antara 15 minit ke 3 jam.
Pening Semasa/Selepas Bersenam
Menurut Kevin Zahari gejala pening semasa bersenam adalah isyarat keadaan tubuh yang tidak baik sedang anda alami. Jadi, berjaga-jagalah apabila mengalaminya.
Kadangkala juga anda yang melakukan senaman ini tidak mengambil sebarang makanan sebelum bersenam.. Dengan harapan mahu cepat turunkan berat badan. Cara ini bahaya ya. Kerana boleh mengarah kepada terjadinya risiko kecederaan, kekejangan, pitam dan sebagainya.
Kekurangan air berkemungkinan juga menjadi punca berlakunya keadaan rasa sakit pada kepala selepas bersenam. Sehingga boleh menyebabkan muntah mahupun pitam.
Rawatan untuk setiap jenis kesakitan kepala berbeza. Bagi sakit kepala tegang, teknik-teknik seperti latihan pernafasan, peregangan, dan rehat boleh membantu. Migrain mungkin memerlukan ubat-ubatan tertentu yang dipreskripsi oleh doktor.
Walau bagaimanapun ada beberapa kaedah lain yang boleh menghilangkan sakit kepala yang dihadapi. Antara lain yang membantu meredakannya adalah :
Mendapatkan Rehat Yang Mencukupi
Ketika mengalami sakit di kepala, rehat yang mencukupi amatlah membantu tubuh anda untuk pulih seperti sediakala. Usahakanlah untuk berehat di tempat yang sunyi dan gelap untuk beberapa waktu.
Penggunaan Pad Pemanasan atau Penyejukan
Segelintir individu perlu menggunakan pad pemanas mahupun penyejuk pada bahagian kepala mahupun leher untuk meredakan rasa dengutan di kepala.
Amalkan Teknik Pernafasan dan Peregangan
Teknik pernafasan yang dalam dan peregangan ringan juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot yang mungkin menjadi punca berlakunya sakit kepala tegang.
Kredit foto : Pexels by Andrea Piacquadio
Minum Air Secukupnya
Keadaan dehidrasi boleh menjadi faktor pencetus kepala sakit. Pastikan untuk minum air yang mencukupi sepanjang hari. Perlu disesuaikan dengan keperluan saiz tubuh anda. Ada orang perlu ambil 8 gelas air kosong sehari, dan ada individu perlu kurang daripada jumlah itu.
Penggunaan Ubat-ubatan
Bagi sesetengah individu, pengambilan ubat seperti parasetamol atau ibuprofen boleh membantu meredakan sakit kepala. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat hendaklah berdasarkan arahan doktor atau amalan yang selamat.
Petua Sapuan Salve Lembut Yang Hangat
Salah satu cara yang boleh diambil juga, antaranya sapuan salve lembut yang hangat pada sekitar kepala mahupun leher. Salve yang diperbuat daripada bahan semulajadi ini sifatnya lebih lembut daripada balsam. Rasa hangat pada bahagian kulit membantu meredakan denyut berpanjangan.
Cara penggunaan Meracle Salve : Apabila mengalami sakit kepala, sapu di bahagian belakang tengkuk, di belakang telinga, di atas bahagian telinga atau tempat yang mengalami ketidakselesaan. Sapu dengan kadar mencukupi . Selalunya keselesaan akan dapat di rasa selepas setengah jam. Walau bagaimanapun setiap individu akan mengalami tindak balas yang berbeza.
Hindari Faktor Pencetus Sakit Kepala
Sentiasa kenal pasti faktor pencetus rasa sakit pada kepala anda. Faktor seperti makanan tertentu, keletihan, atau tekanan emosi boleh menjadi pencetus. Usahakan untuk mengelakkan faktor-faktor ini jika mungkin.
Penting untuk diingat, jika anda mengalami kepala sakit yang teruk atau berterusan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.
Pencegahan Sakit Kepala
Langkah-langkah pencegahan yang boleh anda lakukan termasuklah mengelakkan faktor pencetus rasa sakit di bahagian kepala itu sendiri.
Misalnya, mengambil makanan tertentu (terutamanya bagi pesakit migrain) iaitu coklat mahupun minuman berkafien. Sebaiknya uruskanlah stress anda dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama usaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.
Amalan Sehari-Hari untuk Mengurangkan Risiko Sakit Kepala
Amalan sehari-hari termasuk mengamalkan teknik-teknik pengurangan tekanan, memastikan tidur yang mencukupi, dan menjaga diet yang seimbang.
Tidak salah juga untuk belajar cara bernafas dengan betul. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan melepaskan melalui mulut secara perlahan-lahan.
Kesimpulan
Sakit kepala adalah masalah umum yang boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Dengan mengenal pasti jenis kesakitan pada kepala dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai, kita boleh mengurangkan kesan negatifnya terhadap kehidupan harian kita.
Bayi kembung perut adalah masalah kesihatan biasa yang dialami oleh bayi baru lahir sehingga sekurang-kurangnya mencecah usia setahun. Antara simptom yang ditunjukkan oleh bayi mengalami kembung perut adalah kekerapan menangis tanpa sebab. Bagi yang baharu bergelar ibu bapa sudah tentu ia mencetuskan rasa bimbang dan tanda tanya mengapa ia terjadi. Mari semak apa punca menyebabkan bayi mengalami masalah ini dan cara-cara mengatasinya.
Table of Contents
Apa Itu Bayi Kembung Perut?
Bayi kembung perut disebabkan oleh pengumpulan gas dalam perut bayi yang menyebabkan kembung atau ketidakselesaan. Gas ini biasanya terhasil ketika proses penghadaman makanan (susu) dalam sistem pencernaan bayi. Walau bagaimanapun, masalah kembung perut ini tidak berbahaya dan ia merupakan sebahagian daripada perkembangan normal bayi.
Tanda-Tanda Bayi Kembung Perut
Tanda-tanda bayi mengalami masalah kembung perut adalah penting untuk dikenalpasti oleh ibu bapa agar langkah-langkah dapat diambil untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dialami bayi. Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin menunjukkan bayi mengalami masalah kembung perut:
Bayi kerap menangis berbanding biasa.
Lebih kerap sendawa dan kentut.
Bayi akan lebih kerap muntah.
Demam
Bayi kelihatan resah dan serba tidak kena.
Bayi mengalami sembelit dan kesukaran membuang air besar.
Terdapat beberapa punca biasa yang akan menyebabkan bayi kembung perut dan tidak selesa seterusnya akan menangis tanpa henti.
1. Sistem Penghadaman Belum Matang
Sistem penghadaman bayi masih belum matang sepenuhnya, dan ini boleh menyebabkan pengumpulan gas. Dalam tempoh ini, bayi mungkin mengalami kesusahan untuk mengeluarkan gas dengan lancar seterusnya membuatkan perut mereka mudah berangin.
2. Tertelan Udara Semasa Menyusu
Foto: Pexel.com
Apabila bayi menyusu, mereka mungkin menelan sejumlah kecil udara sekiranya cara lekapan pada payudara tidak betul atau posisi botol susu yang digunakan memudahkan udara masuk . Ini boleh menyebabkan pengumpulan gas dalam perut dan usus mereka.
3. Pengenalan Makanan Baharu
Jika bayi anda berusia enam bulan ke atas dan sudah mula makan makanan pejal, maka kemungkinan pengambilan makanan baharu juga boleh menyebabkan pengumpulan gas dalam perut dan usus. Ada sesetengah bayi mungkin tidak sesuai pada sesetengah makanan yang berpotensi menyebabkan angin.
4. Pemakanan Ibu Menyusu
Faktor pemakanan yang diambil oleh ibu menyusu bayi turut menyumbang pada masalah bayi kembung perut kerana bayi akan terus mendapat khasiat makanan daripada susu ibu yang diminum. Jika ibu menyusu mengambil makanan tertentu, seperti kekacang atau makanan yang mempunyai potensi menyebabkan gas, ini boleh menyumbang kepada masalah bayi perut kembung.
5. Alahan Atau Intoleransi
Beberapa bayi mungkin mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap sesetengah bahan dalam susu formula atau makanan yang diberikan. Ini boleh menyebabkan peningkatan gas dalam sistem pennghadaman mereka yang masih belum matang.
Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut
Sebagai ibu bapa, anda perlu mengetahui cara hilangkan kembung perut bayi bagi mengelakkan si kecil terus menangis tanpa henti. Berikut antara cara berkesan dan pantas yang boleh dilakukan.
1. Posisi Bayi Semasa Menyusu
Tidak kira sama ada bayi anda menyusu susu ibu atau susu formula, posisi mereka semasa menyusu dapat mengurangkan jumlah udara yang ditelan. Letakkan bayi dalam kedudukan yang betul semasa menyusu, dengan kepala sedikit lebih tinggi daripada badan. Ini dapat membantu mengurangkan jumlah udara yang ditelan semasa menyusu.
Untuk bayi menyusu badan, pastikan posisi bibir bayi melekap betul pada areola payudara ibu. Jika bayi minum dari botol, pastikan puting botol tidak terlalu besar sehingga menyebabkan bayi menelan terlalu banyak udara. Gunakan botol yang direka khas untuk mengurangkan udara yang masuk semasa minum susu.
2. Pemilihan Makanan Ibu Menyusu
Ibu menyusu anak, perlu memantau pemakanan mereka. Sebaiknya elakkan makanan yang boleh menyebabkan gas berlebihan seperti kekacang, sayuran seperti brokoli, kobis dan sayuran berkanji seperti kentang, minuman berkafein seperti kopi, teh, coklat dan minuman soda. Ini boleh membantu mengurangkan masalah kembung perut bayi.
3. Sendawakan Bayi
Urutan lembut di belakang badan bayi membantu bayi sendawa selepas menyusu. Proses sendawakan bayi membantu mengeluarkan angin semasa menyusu seterusnya mengurangkan potensi gas masuk ke dalam sistem penghadaman bayi.
Foto: Pexel.com
4. Urut Bayi Lembut Dan Perlahan
Bukan orang dewasa sahaja akan merasa lega bila diurut tetapi bayi juga akan lebih selesa dan tenteram sekiranya diurut secara lembut dan perlahan. Masalah kembung perut bukan sahaja berpunca daripada aktiviti menyusu tetapi udara yang sejuk dan kerap menangis juga boleh menyebabkan udara terperangkap dalam perut si manja. Jadi dengan cara menggosok perlahan perut bayi dan belakang badannya membantu mengurangkan angin yang terperangkap dan memberi kelegaan kepadanya.
Buat urutan sekurang-kurangnya sejam selepas sesi menyusu bayi untuk mengelakkan daripada si manja termuntah dan hentikan urutan sekiranya bayi menangis.
5. Buat Gerakkan Mengayuh Pada Kaki Bayi
Pergerakan kaki seperti mengayuh basikal membantu mengeluarkan gas yang berlebihan dalam perut bayi melalui sendawa atau kentut. Selain itu ia juga membantu bayi lebih tenang dan selesa.
Jadi bagi yang baharu bergelar ibu ayah, jangan cepat panik kalau si manja menangis tanpa henti walaupun sudah dipenuhi keperluan utamanya seperti menyusu, menyalin lampin dan tidur. Pastikan anda ambil tindakan segera mengurangkan rasa ketidakselesaan kembung perut yang dialami.
Recent Comments