Sakit kepala merupakan fenomena biasa yang dialami ramai individu. Keadaan ini bukanlah penyakit, tetapi lebih kepada gejala yang menunjukkan sesuatu tidak kena dalam tubuh anda.
Table of Contents
Paling tidak pasti setiap orang akan alami kepala rasa berdenyut sakit sekali dalam seumur hidupnya. Diikutkan ada lebih 150 jenis sakit kepala yang individu boleh alami.
Namun, setiapnya ada jenis-jenis yang boleh membezakannya. Baik dari segi punca mengapa ia terjadi, ciri-ciri kepala sakit yang dialami mahupun cara merawat untuk mengurangkan mahupun menghilangkan rasa denyutan yang dialami.
Fahami 5 Jenis Sakit Kepala Yang Biasa Terjadi
Penting untuk mengetahui perbezaan sakit yang dialami di bahagian kepala. Jadi, anda tahu bagaimana untuk mengambil tindakan yang selanjutnya.
Sakit Kepala Tegang
Kesakitan kepala tegang merupakan jenis yang paling biasa dialami. Gejalanya termasuk rasa tegang di bahagian kepala dan leher, serta boleh disertai dengan rasa ketegangan otot.
Kebanyakan kali, ia berpunca daripada tekanan emosi atau fizikal yang berterusan. Info dari Public Health Malaysia menyatakan kesakitan kepala tegang atau tension ini akan ditandai dengan sakit di bahagian hadapan kepala.
Sakitnya terasa seperti kepala dan diikat atau dihimpit dengan sesuatu. Keadaan ini juga boleh terjadi disebabkan kekurangan air. Namun, aktiviti fizikal tidak akan membuatkan denyut kepala jadi lebih teruk.
Migrain
Migrain merupakan jenis sakit kepala yang lebih teruk. Ia disertai dengan rasa sakit yang teruk dan boleh berlangsung dari beberapa jam hingga beberapa hari.
Pesakit mungkin mengalami rasa mual, loya, kabur mata, muntah, serta sensitif terhadap cahaya dan bunyi semasa serangan migrain. Sekiranya disertai dengan aktiviti fizikal, keadaan kepala yang sakit itu akan menjadi lebih teruk lagi.
Tandanya anda boleh mengalami denyutan sakit pada bahagian sebelah kepala dengan tekanan pada bahagian belakang mata.
Sakit Kepala Sinus
Kepala sakit kerana sinus ini berkait rapat dengan masalah dalam sinus. Gejala yang mungkin anda alami termasuklah rasa sakit yang terjadi di sekitar kawasan muka, terutama di bahagian dahi dan pipi. Ia sering disertai dengan kesukaran bernafas melalui hidung.
Berhati-hatilah jika mengalaminya. Ini kerana, keadaan baring mengereng, atau bergerak secara mengejut akan membuatkan denyutan sakit semakin berganda.
Berkemungkinan berlakunya keadaan ini disebabkan jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus anda.
Klaster (Cluster)
Kesakitan kepala klaster adalah jenis sakit yang jarang tetapi amat menyakitkan. Pesakit akan mengalami serangan kesakitan pada kepala yang teruk secara berulang dalam tempoh tertentu.
Gejalanya termasuk rasa sakit yang amat teruk pada satu bahagian kepala, kadang-kadang disertai dengan mata yang merah dan berair di sisi yang sama.
Apabila anda berbaring, sakitnya boleh jadi semakin bertambah teruk lagi. Situasi sebegini boleh jadi berpunca daripada hidung atau air mata yang tersumbat.
Kenapa dipanggil cluster? Ini kerana sakit yang dialami boleh berlaku untuk tempoh waktu yang lama dan berkelompok. Misanya, sakit sekali ke tiga kali sehari, berpanjangan berbulan lamanya untuk tempoh antara 15 minit ke 3 jam.
Pening Semasa/Selepas Bersenam
Menurut Kevin Zahari gejala pening semasa bersenam adalah isyarat keadaan tubuh yang tidak baik sedang anda alami. Jadi, berjaga-jagalah apabila mengalaminya.
Kadangkala juga anda yang melakukan senaman ini tidak mengambil sebarang makanan sebelum bersenam.. Dengan harapan mahu cepat turunkan berat badan. Cara ini bahaya ya. Kerana boleh mengarah kepada terjadinya risiko kecederaan, kekejangan, pitam dan sebagainya.
Kekurangan air berkemungkinan juga menjadi punca berlakunya keadaan rasa sakit pada kepala selepas bersenam. Sehingga boleh menyebabkan muntah mahupun pitam.
Baca juga : petua buang angin dalam badan dengan cepat dan berkesan
6 Cara Merawat Sakit Kepala, Hilangkan Berdenyut
Rawatan untuk setiap jenis kesakitan kepala berbeza. Bagi sakit kepala tegang, teknik-teknik seperti latihan pernafasan, peregangan, dan rehat boleh membantu. Migrain mungkin memerlukan ubat-ubatan tertentu yang dipreskripsi oleh doktor.
Walau bagaimanapun ada beberapa kaedah lain yang boleh menghilangkan sakit kepala yang dihadapi. Antara lain yang membantu meredakannya adalah :
Mendapatkan Rehat Yang Mencukupi
Ketika mengalami sakit di kepala, rehat yang mencukupi amatlah membantu tubuh anda untuk pulih seperti sediakala. Usahakanlah untuk berehat di tempat yang sunyi dan gelap untuk beberapa waktu.
Penggunaan Pad Pemanasan atau Penyejukan
Segelintir individu perlu menggunakan pad pemanas mahupun penyejuk pada bahagian kepala mahupun leher untuk meredakan rasa dengutan di kepala.
Amalkan Teknik Pernafasan dan Peregangan
Teknik pernafasan yang dalam dan peregangan ringan juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot yang mungkin menjadi punca berlakunya sakit kepala tegang.
Minum Air Secukupnya
Keadaan dehidrasi boleh menjadi faktor pencetus kepala sakit. Pastikan untuk minum air yang mencukupi sepanjang hari. Perlu disesuaikan dengan keperluan saiz tubuh anda. Ada orang perlu ambil 8 gelas air kosong sehari, dan ada individu perlu kurang daripada jumlah itu.
Penggunaan Ubat-ubatan
Bagi sesetengah individu, pengambilan ubat seperti parasetamol atau ibuprofen boleh membantu meredakan sakit kepala. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat hendaklah berdasarkan arahan doktor atau amalan yang selamat.
Petua Sapuan Salve Lembut Yang Hangat
Salah satu cara yang boleh diambil juga, antaranya sapuan salve lembut yang hangat pada sekitar kepala mahupun leher. Salve yang diperbuat daripada bahan semulajadi ini sifatnya lebih lembut daripada balsam. Rasa hangat pada bahagian kulit membantu meredakan denyut berpanjangan.
Cara penggunaan Meracle Salve : Apabila mengalami sakit kepala, sapu di bahagian belakang tengkuk, di belakang telinga, di atas bahagian telinga atau tempat yang mengalami ketidakselesaan. Sapu dengan kadar mencukupi . Selalunya keselesaan akan dapat di rasa selepas setengah jam. Walau bagaimanapun setiap individu akan mengalami tindak balas yang berbeza.
Hindari Faktor Pencetus Sakit Kepala
Sentiasa kenal pasti faktor pencetus rasa sakit pada kepala anda. Faktor seperti makanan tertentu, keletihan, atau tekanan emosi boleh menjadi pencetus. Usahakan untuk mengelakkan faktor-faktor ini jika mungkin.
Penting untuk diingat, jika anda mengalami kepala sakit yang teruk atau berterusan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.
Pencegahan Sakit Kepala
Langkah-langkah pencegahan yang boleh anda lakukan termasuklah mengelakkan faktor pencetus rasa sakit di bahagian kepala itu sendiri.
Misalnya, mengambil makanan tertentu (terutamanya bagi pesakit migrain) iaitu coklat mahupun minuman berkafien. Sebaiknya uruskanlah stress anda dengan sebaiknya. Dalam masa yang sama usaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.
Amalan Sehari-Hari untuk Mengurangkan Risiko Sakit Kepala
Amalan sehari-hari termasuk mengamalkan teknik-teknik pengurangan tekanan, memastikan tidur yang mencukupi, dan menjaga diet yang seimbang.
Tidak salah juga untuk belajar cara bernafas dengan betul. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan melepaskan melalui mulut secara perlahan-lahan.
Kesimpulan
Sakit kepala adalah masalah umum yang boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Dengan mengenal pasti jenis kesakitan pada kepala dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai, kita boleh mengurangkan kesan negatifnya terhadap kehidupan harian kita.
Baca juga : Tanda-tanda panic attack
Recent Comments